: : kawan² yg awesome : :

Monday, May 28, 2012

tips membeli blackberry





Ha, hujung bulan... ada apa dengan hujung bulan? 


gaji right?


so kepada kengkawan yang ingin memasang hajat membeli smartphone blackberry, saya ada sedikit tips/info yang saya dapat dari bloger lain dan info ini saya rasakan ianya tersangat la penting..... sekurang-kurangnya korang tak lah terasa tertipu.... saya sendiri dah lalui.. 




Saya cadangkan, alang-alang korang nak guna smartphone ni.. better korang gunalah set original.. benda nak pakai lama, lagipun harga bukan murah, nanti baru pakai 3bulan da problem...  
Untuk set original blackberry Malaysia ni, ianya adalah Brightstar... selain brightstar ada gak dari telco-telco yang menjadi pengedar sah blackberry ni...
satu lagi, kelebihan beli ori ni, no pin korang tu masih freshh!   so jgn beli AP set...



----------- tips mudah bagi newbies seperti saya... ----------


first korang pegang phone tu dan mintak toke kedai tu "on" kan phone tu.. check  buyers remorse.. 





apa itu buyers remorse? 
- buyer remorse memaparkan data panggilan dan kekerapan services  ia telah digunakan..



macam mana nak check buyer remorse? mudah..

pi kat option >  device  >  device and status Information >

Kalau korang skroll ke bawah sekali.. memang tak kan ade tulis Data Usage dan Voice Usage..  so apa yang perlu korang wat, kat skrin tu jugak korang taip "BUYR".. so paparan buyer remorse tu akan keluar... pringg...~ 







sekiranya data/voive usage tu still kosong,  "0.0kb /0:0:0" mean handphone tu masih baru .. 


* tak tahu la pulak kalau sekarang ni diorang dah boleh RESET  benda ni.. tapi kalau boleh pun tak pe.. sekurang-kurangnya bila dah nampak digit macam kat atas ni muncul, KOMPEM itu set recond atau pun 2ndhand..




Ops, satu lagi,.... tang charger, kalau tak silap untuk set Original , diorang akan bagi charger yang mempunyai kepala 3 pin... cam gini...










dan bagi set  AP pula seperti dibawah..  kebanyakkan kat oversea diorang menggunakan kepala  plug 2 pin ..  jadi yang ini  bukan untuk "market Malaysia.." 


* contoh...


mudah kan? 


so sebelum korang beli, check betul-betul.. jangan bayar dulu.... once korang dah bayar, then balik rumah baru  korang perasan yg korang telah tetipu, jangan harap nak dapat duit balik... 




peace!!!




hasil bebelan...
syahiroo.blogspot.com


* ayat tunggang langgang macam tuannya... :)
* kalau salah tolong perbetulkan..





Sunday, May 20, 2012

bakal Master Chef Malaysia musim ke 2

Selamat Pagi Ahad, 

Entri kali ni agak lain dari yg lain ye  sebab pakcik nak share kat korang  satu resepi turun temurun keluarga ni.. sangat rugi kalau korang tak cuba....

fuhh.. sound like good? excited ?

oke... berbeza dengan rancangan yang biasa korang tengok samada ditelevisen  ataupun  dimajalah/buku resepi,  resepi yang chef caer (saya) cipta ini agak complicated sikit, terbalik.... bahan-bahanya akan diberitahu kemudian dan  nama resepi ni adalah 

"Rendang Udang Kacau-Kacau "


seperti biasa, blander kesemua bahan dan tumiskan sehingga keperangan (mati tumis)...



kemudian, masukkan cili dan kunyit hidup yg telah diblender.... kacau sehingga ia kering dan pastikan ianya tidak berkerak dibahagian bawah...


apabila ianya sudah betul-betul kering, barulah masukkan santan.. dan kerisik... kacau lagi..


tips *sambil dok mengacau tu, pastikan tangan kiri dicekak ke pinggang dan nyanyi la serangkap dua lagu bagi menghilangkan rasa keboringan tu..... 

Ha nampak ni ? inilah lah  UDANG ratah-ratah....  sebab apa nama dinamakan udang ratah-ratah? ntah... saya nye sukeee lew... udang saya  :D



okeh, next.. masukkan udang, daun limau purut dan sedikit daun pandan yang telah dihiris.. tak  lupa gula, nak lagi sedap, bubuh gulu kabung (gula melaka) dan kacau lagi....



Tada.... dah siap!


Mudah kan?  sesuai dimakan bersama nasi dan roti....  :) 


okeh mari kita tengok bahan-bahannya.....
  • 30 biji bawangg.... erkk.. 


lalala.. pakcik hanya sebagai pembantu tukang" kacau-kacau " je... mak mintak tolong tengok-tengok kan masakkan dia tu sambil dia nak wat kerja lain.. 

pakcik korang ni manalah reti sangat memasak.. setakat telur dadar, nasi goreng planta tu boleh la.. hehe..

selamat mencuba resepi  "Rendang Udang kacau kacau"


Peace!!!
pakcik syiro @ caer

- blogwalking time!
- diet still on.. jangan mudah mengalah ye kengkawan..  :)




Saturday, May 5, 2012

Blackberry punya hal....

macam mana nak mulakan ni  ye....

gini kot....

" pakcik dengan ini mengaku bersalah dihadapan anak-anak semua kerana telah membiarkan dan mengabaikan blog kesayangan pakcik ini hampir sebulan lamanya dan....

pakcik juga mengaku bahawa pakcik tidak menjalankan tanggungjawab sebagai follower anak-anak juga tidak menerjah blog anak-anak dengan sengaja atas beberapa faktor....

Dengan pengakuan jujur pakcik ini, pakcik harapkan, anak-anak dapat memaafkan pakcik ye... pakcik dah tua nak..... "



boleh gitu? semudah ABC kan?

pakcik telah dijangkitan virus Malas.... tiada ubat tiada penawar... yang ada hanyalah sebaris Beri-beri  PIN.... sila add pakcik nak!

28389DBA

Pakcik nga stress ni... diet pakcik hancus nak! Makan tak jaga. Semalam timbang naik sekilo menjadikan 65kg.... stress gila..



 Syawal bakal menjelma.... so apa yang harus pakcik wat?  yes!


=================================
diet ROUND 3 - bermula  - 04/05 - 65 kg... 
Target 5-8 kg menjelang hari raya... hihi.. 
=================================

Pakcik terpaksa publish  dalam blog ni nak, supaya pakcik lebih berdisiplin nak.. so kalau pakcik kantoi lepas ni, anak-anak bolehlah  mengata pakcik... "booOOo~ Booo pakcik nyanyok tak sedar diri tu tua.... (ait.. over!!)




Nak, pakcik teringin nak jadi macam ni semula ... 57.0kg...  skema boi.....


"Pakcik selaku ketua esko ingin memaklumkan bahawa sudah 
tiba masanya untuk kita berubah.. 

" Hilangkan beban kecapi impian "






sekian
* nanti free pakcik blogwalking blog anak - anak ya...






ce klik ce klik, 1 kali singgah 1 kali klik, kalau sejuta kali? :P thanks kawan2