: : kawan² yg awesome : :

Tuesday, January 24, 2012

sepetang bersama retis di .....

skandal - Onie, Ortoqiemie, Okila

santai petang bersama Umie Artoqiemie dan Mocik Onie.
berdiri di antara 2 perawan ni , membuatkan diri ini terasa gumok.. arghhhhh!!
kbai..
.
.
.
.
.

Rasa nak lempang  je kan... dah la hapdet seminggu sekali, bila buat entri, pendek nak mati, lepas tu bubuh lak perkataan "KBAI"  memang la........  

lek a beb....    ;D

 karang punyeeeeee panjang pun bukan ada yang nak baca kan.. 

Aku kesian kat korang wehh... bukan ke korang suke entri yang pendek? sekali scroll terus habis.. ha ini la...  (tolong terima alasan ini...)


Monday, January 9, 2012

Biarkan ia pergi...

Pernah berCinta?
Konon semuanya indah-indah belaka la kan..  ceh! ayat kecewa :P


Putus cinta? pernah? 
Rasa macam nak tekap mulut dibantal sambil meraung sekuat hati supaya mak tak dengar kan?


Ingat senang nak lupakan segala bagai kenangan bersama.. masih tak bersedia dan berusaha untuk menyelamatkan hubungan itu....




tapi apa kan daya...



Jadi? apa perlu buat? 


1.   Muhasabah diri
2. Pandang Kedepan
3. Lakukan banyak aktiviti.
4. Luangkan masa bersama keluarga.
5. Cuti-cuti malaysia.


dan yang last...
Ramaikan kawan-kawan blogger anda kerana mereka semua terlalu cOOl, kelakar & Ohsem!!  - boleh membuatkan anda gembira dan rasa sedih itu hilang..  


lupakan si dia yang pernah bertahta dihati suatu ketika dahulu..  tak perlu berdendam dan doakan yang terbaik untuknya. 


Jika dah tertulis yang dia adalah jodoh kita, berlari kemana pun kita pasti bersama...
InsyaAllah


Sekian.
- syahiroo ahmad -



*pix from google image...

Saturday, January 7, 2012

Penyeri Hati....

Sabtu? ada apa dengan hari sabtu? Panggung sabtu? tak minat...


Hari ini dapat jugak aku merehatkan diri setelah seminggu menghantar dan menemani anak ku Mia Zahrah  bersekolah, seronok tengok dia... ceria je.. mana tak nya, dengan perangai yang super duper ceria tu, mudah dia mendapat kawan.. aku?  hanya memerhatikan dari luar tingkap, mengintai telatah anak kecil ini membuatkan aku tersenyum bangga sebagai seorang Ayah.. 

" mia sayang.. papa sayang mia... lekas besar ye sayang... papa tak sabar nak ajar Mia main Squash.. leh gantikan kakak nicol david tu......"  err...


Oh my mia....

berhenti berangan..... 

Actually memang best bila ada anak ni kan.. lebih-lebih lagi anak tu baru berumur 3 ke 9 tahun.. so sweeettt.. cuma sudahkah aku bersedia? emosi? mental?


Ritu masa kenduri kawin, aku peratikan telatah kawan aku ngan anak dia.. mak datuk sporting gila bila tengok dia jadi abah. cOol .. anak dia punyalah nakal, bila anaknya buat hal, dia tetap releks... buat hal lagi. tetap cool.. " zurin, takmo main pasir, kotor...sini-sini" (lembut je intonasinya...) bukan sekali dua.. tapi berkali-kali... penyabar sey.. 


sebaliknya dihati ku,  kalau aku jadi dia, kompem wat muka garang, pastu marah " napa degil sangat ni? tak dengar cakap!" sambil memberi sedas dua cubitan..  dan kalau dah tak tahan sangat, aku pass orang rumah suh tengokkan.. sambil merungut haish haish haish...



Ha, dulu sewaktu anak buah ku kecik, aku pernah wat benda yang tak sepatutnye aku wat terhadap kanak-kanak.. aku telah mencubit vuntut dia sekuat hati.. hahhaa. erk lupa, cubit ke tumbuk .. ah tak kira.. Geram gila.. dah la nakal, pastu tak dengar cakap, dan yang paling aku menyirap, boleh lak dia melawan.. so apa lagi, hambik!!! nangis merengek pi kat mak dia. mUahaha..time tu aku rasa puas gila, lepas tu mula timbul rasa kesian. macam tak patut je  :\

Aish.. agak kurang penyabar lelaki ni.. hahha.. tu dulu..

but but, sekarang aku dah berubah.. dari pemerhatian pengalaman sekeliling, banyak yang telah aku pelajari... Kanak-kanak ni, otak mereka masih fresh/kosong, nakal, tak dengar kata, degil dan semua tu permulaan mereka untuk mempelajari  sesuatu yang baru, bermain atau di sekolah, mereka sentiasa belajar .... 

so kita sebagai orang dewasa, selagi benda yang dia buat tu tidak memudaratkan, biarkan saja.. biarkan dia berimiginasi dalam dunia kanak-kanak dia.... kita? just pantau dari jauh dan jangan jemu menyokong serta menasihati.. 

tak sah nak marah bagai... tapi berpada-pada... 

Aku baru layan cerita Real Steel (Robot tinju) yang baru keluar kat wayang ritu..tersangat menyentuh emosi.. aku  yang gagah perkasa ni pun boleh tertarik tisu tesco sambil mengelap linangan air mata ni.. haha.. cerita ni mengisahkan bagaimana keakraban seorang ayah dan anaknya yang mempunyai minat yang sama..... :)  

" Panggung sabtu "  tu pun tak setacing gini...



macam mana nak dapatkan budak ohsem cam ni ey?
kena kawin? ha, jom la kawin..... ngeee.... 

sekian...



*pix pinjam kat google

ce klik ce klik, 1 kali singgah 1 kali klik, kalau sejuta kali? :P thanks kawan2