: : kawan² yg awesome : :

Friday, September 30, 2011

gedik sungguh kau ni :P

Assalammualaikum semua...

Kringgggggggg~~ loceng berbunyi <-- ini opis ke sekolah?

ngam-ngam kul 5.00ptg, gua  terus menuju ke mesin punch card... cucuk ibu jari disitu.. tettttt! YehOooo...then bergegas ke kedai bisnes... Alhamdulillah, peniaga kecil-kecilan kami smakin stabil, pi sana just tolong member apa yang patut. 

Ha, sambil lepak, ngap Pisang Goreng sebiji dua  bersama air tembikai, pehhh... nampak awek lalu mata mula menjuling~ fuyoOOOOoo..... nak swiit tapi tak berani. dalam hati sudah.. :)

Tutup gerai terus balik ke rumah... ngah syok dok tanggal stokin depan pintu, tetiba gua terpandang sesuatu di atas meja ini.. 

apakah ini???




surat permohonan ke IPTA ke? Bukan kot...


Oooh.. Surat jemputan kawin... 

ait, awat ada nama aku lak? siapalah yang kasi ni? jarang sekali gua terima kad jemputan kahwin yang berpos-setem ni.  Selalunya melalui facebook je kan? I'm attending ,maybe, no... 

wahh ini dari geng budak nakal Asrama High School dulu. Dah nak kawin kau ye... Tahniah geng... Baiklah .. InsyaAllah, kalau free, gua pasti hadir....

tapi yang ni, aku tak berapa nak pasti...


syahir dan pasangan? 
Bukan ke selalunye syahir dan keluarga? 


wala...mana nak cari.. takkan nak pi sorang-sorang kot? tak best la tiada penyeri.. nanti siapa nak temankan saya makan? pls pls pleasee.. ada siapa yang sudi menjadi pasangan saya .. hahahha .. 

(syahiroo yang mula mengedik!  Kenapa perlu perempuan? lelaki tak leh ke? tak semestinya pasangan tu merujuk kepada ehem2.. member laki PON boleh pe! )

syahiroo  : Tak NAk! nak perempuan gak! hahahha. :)


sekian, 

* entri dikala bosan~








Wednesday, September 28, 2011

Percayalah~

Assalammualaikum
Hai Korang, selamat berhari rabu yang tiada berkata-kata  -.-?  (fail BM)  

Banyak perkataan baru yang gua belajar sejak aktif berbloging ni.. Antaranya Wordless Wenesday, BlogWalking, Buffered Earning, Retis, dan manyak lagi...


Baiklah, sebelum ini gua ada keluarkan satu entri mengenai diet yang gua wat selama setahun setangah tu. Ramai yang tidak percaya antaranya kawan baik aku "Ninie"  Ninie siap cakap yang gua edit guna photoshop, cik ninieku yang baik hati.... abg long kau ni mana la reti guna photoshop, wat doodle pun blajar dari hang kan?.. ngeee.. :D


Macam mana ey aku nak buktikan. Nak tunjukkan yang aku ada tahi lalat kat bawah bibir , memang tak mungkin, sebab memang tiada  <-- bajet siti nurhaliza :D


Walaa .. siyes beb, itu memang aku.

Apa yang aku amalkan? Rasanya umum dah tahu tentang amalan pemakanan ketika berdiet ni. Sama je kot.. tiada yang special pOn..


Nasi memang tak ambil langsung dan aku gantikan dengan roti... Boleh kenyang ke? hmm.. ntah.. nak kata keyang, tak jugak.. tapi bila lapar je sekeping-sekeping gua NGAP! Satu buku Roti Jumbo tu bleh tahan 2,3 hari. Kalau rajin, gua wat la sandwich or sapu kaya, pastu bakar. Perghhh.. sedap tak hengat.


hari-hari makan roti.
Ini adalah koleksi Penyepit Roti Gardenia aku :)
ha, Masih tak percaya?
( Zoom/click dan tengok tarikh dia...)

Senaman yang paling penting. Kalau tak wat kompem lambat turun.. Disebabkan gua dok bujang waktu tu..balik keje terus wat senaman ringan. Gua wat yang simple-simple je.. dalam bilik je kot... lari setempat / tepuk bintang / pumping / skiping dan wat dumbel.. ha, antara senaman tu, gua selangkan dengan meminum air suam.. peluh mencurah2 beb....

Kegigihan dan keazaman .. :D 


Gua target tak banyak, seminggu sekilo je beb.. Tapi sekilo tu bukan men susah lagi dan bila dah turun sekilo, terasa hati ini berbunga-bunga plak jadinya, tu yang bertambah semangat.

Kenapa berdiet? <-- bagus soalan ini
Hmm.. dah  tiba waktunya yang gua perlu berubah, sampai bila nak cam gitu kan? sampai tua? rasa tersisih bila lepak nga kawan kawan n sepupu2 yang slim melim.. bukan diorang yang sisihkan.. perasaan rendah diri tu muncul secara tiba-tiba... Lebih-lebih lagi di pagi Lebaran.. semua hensem n cun cun belaka.. aku? haish... 


Dikecewakan? pun ada. hahahha :) salah satu sebab kot ~


Tapikan tak semestinya bila berbadan besar ni akan terasa terpinggir coz aku ada gak member yang berbadan besar tapi fames dikalangan penduduk kampung...sebab dia ni peramah orangnya.. :)

Bak kata kak myoliza aku ku..
"Kita lah apa yang kita makan"

Sekian..


*aisey.. awat tetibe cite pasal diet nih..haish...tukar2..
Bw time!! .. semalam gua ade badminton la. tara sempat~












Sunday, September 25, 2011

Dulu boleh, mengapa sekarang tidak?

Silap tu... begini ya... Mengapa dahulu boleh sekarang sukar?

Kerana dahulu kau bercita-cita tinggi, Kau tempuhi tanpa rasa kecewa, segala dugaan kau hadapi, semangat kau nun tinggi di langit bagaikan seorang Angkasawan Negara di atas kapalnya , berbekalkan kecekalan, kau berjaya lakukan..

Mengapa sekarang tidak?
Kerana sekarang kau sudah mula lupa diri, kau telah jauh berubah , kau sudah lupa apa tujuan kau lakukan semua itu? dahulu, sekali kau ingkar, kekesalanlah yang kau rasai... Pantang dilanggar, mahu merana hati....

Kenapa? kenapa? adakah disebabkan "hati sudah senang" kau berubah mendadak sekali?

Ouh tidak.. 
sebenarnya kejap je tu...nak diet semula la ni... 

Kengkawan ku yang sgt Baek Hati, 

Ha, entri kali ni agak panjang sdikit kot, gua tak tahu mengapa dua tiga menjak ni idea agak mencurah2.. haha.. jemari ni duk sibuk berdansa diatas keyboard tanpa segan silunya.. walaa.. tolongg.. alamak dia masih berdansa..........tidakkk <-- budak sakit

Ececeh... sedap je ko ngata aku sakit kan.. kau tu tak sakit? dok wat entri then kata diri sendiri sakit... lagi la double triple sakit!!

Ok kawan, lupakan mamat tu.. mari luangkan  3 ke 5 minit untuk korang layan entri aku yang agak BOsan Best ini.. ala, esok ahad kan... cuti ! tak yah keluar la.. dok umah rehat dah betul...

Korang tahu apa itu diet?
Diet tu sebenarnya adalah seekor harimau bintang yang sangat lapar.. kenapa dia lapar? sebab dia berdiet. kenapa mesti dia berdiet? sebab makwe harimau bintang tu  yang bernama betty tak suka bakal balak dia sama saiz dengan seekor dinasour purba.. -.-" <--- penampar jugak makannya ni..

wahhh Lu cakap banyak tara guna la shark.. sini kasi lihat..


Si busukkkk..haha.
92 kg sekitar tahun 2007/2008 



-----------------------------------------------------------------------------
dan ini pula si wangi korang .. hahaha. Prinsip "Hilangkan Beban Kecapi Impian" 
Masa diambil 1 tahun 3 bulan dan menjadikan Aizat AF sebagai idolanya.. Aizat boleh mengapa aku tidak?



Model almari.... 




bila dah kurus.. pantang nampak cermin.. 

pangkor island... member kata  time ni aku macam dak sekolah.. ye ke?



apa lagi~ diari romeo laa~ :D
(Langkawi)


agak-agak korang, bape kilo turun? siapa dapat teka gua blanje dia tengok wayang ..huhu  cehh <-- padahal dah tak de siapa nk teman tgk wyg


Haaa... Kenapa ku bermadah pada awal entri  tu? 
sebab aku sekarang ni ngah buntu, tak tahu macam mana nak dapatkan semula semangat dan keazaman yang dulu-dulo tu.. Hilang pUnca beb! Dari sehari ke sehari nak berdiet.. tetap fail jgk... hahhaa..  

" Ouh mama... saya mahu kawin... kawin dengan siapa... dengan siapa saja~~~ ? Ohh mama... saya......@$%$%" <--  tok sah berangan nak kawin la selagi badan tak cam Abg Besar Aroon Aziz tu..

Oklah, ngantok sgt ni.....(dah kul 3.03 pagi) nanti bila gua rajin, ingat nak share kat korang kenapa dan bagaimana aku boleh kering sebegini... mmg banyak pengalaman yang ingin dikongsi.. tata~

Gambar terbaru yang  berbaju Melayu kuning bawah ni.... 
- berat separuh dari dulu dan sekarang. tengah-tengah ~



adakah sejarah akan berulang... ? Ouh mungkin.. tapi 
SANGAT SUKAR untuk berdisiplin!  tolong saya~~~

Nota kaki : bila kurus, bukan sahaja fizikal berubah malah MOOd pon berubah.. Barulah terasa apa itu Keremajaan matang.. :) I love fashion!


cekian








Thursday, September 22, 2011

Mintak kerjasama....

huh ! (mengeluh)

Penat tau tak!  malam tadi dok layan badminton sampai tak hengat dunia, la ni badan mula lenguh-lenguh sana sini.. ada siapa yang baik hati nak tolong saya. tolong sikit je~  tak perlukan kos, apa yang korang perlukan hanyalah sepasang kaki...

Tolong pijak badan saya.. hahha.. cam orang tuakan.

Tetiba teringin nak wat urut tapak kaki, sure mengeliat dan meraung PUN tak hengat dunia. dapat plak diurut oleh wak-wak kat kampung tu..  WargghhHHHh .. Oouhhh. Warghh~ ouch~ <---- apesal kau?

Napa ey kebanyakkan orang lelaki ni suka diurut? padahal keje opis je kot.. lepas tu balik rumah mula la nak bemanja ngan bini-bininya.. Ops~Bininya.. :) nsib baik Bini-biniku bukan gengster. JOm temankan saya tgk wyg. menyempat~

Dah dah.. jgn nak mengelat!
Cepat beratur.. gilir-gilir pijak pakcik korang ni... (dah meniarap ni) hakhakhakhak <--gelak  mintak penampa...


gambar saya sewaktu berumur 17thn, masih sasa dan bergetah.. Nape? tak caya? betul la!
kalau la mamat hensem ni yag suh pijak.. bukan mainn laju lagi korang kan kan kan~


dah 3 hari tak update. rindu gila nak bw~ link please~~


sekian,

Monday, September 19, 2011

Dapat tender....

Orang lain dok sibuk cari tender sana sini.. naik turun pejabat Majlis Perbandaran, mintak tender tar jalan, besarkan longkang, potong rumput, baiki kecacatan, dan banyak lagi.


Gua lak tak yang susah-susah, tender tu sendiri yang datang cari gua.... :)


taraaaaaa... 

tender wat air hijau..
* ini pun boleh dikategorikan sebagai tender??? zzZzZzzz....

Penat tau tak!  
namun sempat mengukir secebis senyuman kerang .... :)

Al kisah, nak dijadikan cerita pagi raya ritu aku wat la air berperisa ni (rahsia), so sedara ku ini berkenan lak dgn air tu. Katanya masam-masam manis...dia suka dan dia minta bantuan aku watkan untuk majlis kawin anaknya yang akan berlangsung 2 minggu lagi.. (semalam). 

So, tak menjadi masalah pun, lagipun sebelum ni gua pernah crita sama lu orang kan, bulan pose ritu kitorang ada berniaga air.. Laku habis... rujuk sini >>  Air Air   :)

Semalam after rewang... gua rasa tak sedap badan lak.. balik awal then sampai rumah terus deman + pening. 3 hari cuti banyak sangat aktiviti, penat sangat kot.


So rini gua mc. sempat la update blog dan bw blog korang.. :)

*si anamizu tanya 
itu belat belom turun la amoi... 0.5 kg saja~ gua ha telaksa makan mao sembuh ini sakit low.. gua inat mao haplat seleminggu skaki or bile itu belat sula tulun~.. lai lai lai~


ayam bergolek...



Sekian

Friday, September 16, 2011

Sampai hati korang wat aku camni...



Ain kata beah (burung belaan aku) tu lagi hensem dari aku? 
waaaa.. rasa nak nanges je ni..  uwaa... umi....

Sesedap hati korang je kutuk aku ey.. mana tanda respect korang kat BAKAL abang long korang ni? mana? 

Ok fine! akan ku buktikan pada korang yang aku bleh jadi macam abang besar Aaron Aziz tu, tak sasa macam dia pun tak pa, yang penting kurus dan timbul sedikit muscle berbanding sekarang~ lalalala.....

sebenarnya, aku saje je wujudkan entri ni  just nak jadikan ia sebagai pembakar semangat dan penyedap hati aku sendiri. On diet ni... Korang ingat senang ke nak turunkan sekilo dalam seminggu? lebih-lebih lagi orang yang kuat makan macam aku ni..

dan

sekurang-kurangnya, sekiranya aku give up nanti, boleh la korang cakap kat aku gini "eleh abg long  ni,  tak kurus-kurus pun, sama je...  BooooOOooo~ baling mercun bola kang! " <-- ai lebih nampak... 

Pasal perkembangan diet gua korang bleh usha kat widget sebelah bawah tu "Diari Diet"--->


*setakat senaman or gim kat rumah, memang tak mungkin bleh jadi macam abg Aaron Aziz tu.. sekurang-kurangnya gua masih leh jadi  SyahirOn Aziz kan... :D

Terima kasih kepada  kengkawan yang selalu bw kat blog gua ni.. Lurp u larh ~ blog korang mmg akan ku singgah nanti, ramai sangat... makan masa sikit ye dear  :)

JAp jap... ada lagi... Haa, yang ini baru betul-betul kawan..


sayang korang lebih dari diorang tu...walaupun korang tak ikhlas! 


Ha, Yang ni lak, pembakar semangat aku... orang pompuan suka yang taf-taf kan? baik!






sekian


Wednesday, September 14, 2011

aduh.. segan nak cakap, sure korang tak pecaya punye.....

korang, 
Rasanya dah sampai masanya gua dedahkan siapa gua sebenarnya... 
lama kelamaan korang dapat tahu gak kan.. 


Pengakuan secara jujur ni..



"hmm malu.. sebenarnya gua lah....."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.

"abg besar malek ni.. :D" 
sebiji?  dah memangg gua kan.... 
cepat kata ya!  :D

Aisey, gua mmg minat gila sama lu la Aaron,  (bukan gay) gua minat cara lu jaga badan lu.. terbaik~.... gua harap satu masa nanti gua akan jadi seperti lu...  hakhakhakhak <--gelak perasan..  ada hati kununnn~ 


kat mana ada gim murah ey? <---- lagi terserlah ke'pofoyofo'an nya....












Ikut tema

Pagi tadi otw pi office terserempak ngan motosikal ni. Wat aku tersenyum.. ( jadi jakun seketika..) Ini pun boleh.......

Raya kan.. :)
Aku pun nak wat gak la, gantung Lomang....





Monday, September 12, 2011

Sayang, sebelum tido jangan lupa G-SOOK gigi dulu ya.. :)

sebelum tu..
*eh korang, kalau korang tersinggah or terfollow blog gua ni,  jgn lupa tinggalkan link korang kat shoutbox tepi tu ye coz gua tak jumpa link korang  bila click pic follower tu... siyes! gua buta IT. lalala... ajarlah saya  :)

Apa pun, terima kasih kepada korang yang follow " i lurp u lah "  <-- erkk~ cam tak caya je..


sambung tadi...


G-SHOCK!
TREND! 
Wa, jeles-jeles.. 
Penangan zizan kot~

ada x sesiapa yang nak hadiahkan saya menda-menda  ni?
NAK YANG ORI JEr.... hhaha



*picture search from google...

Saturday, September 10, 2011

DAM budget....

edisi TANPA SUARA
cehh.. nak jugak tiru cik HanaAhmad.. nama pun adik-beradik kan.... syahiro Ahmad. ^^



Maklum la, nak beli buah DAM betul tak mampu.. daun kering pun jadilah... 
opss. terbersuara <-- ??







iklan
kengkawan, jangan lupa tinggalkan jejak/link kat shoutbox tu tau  :)

Friday, September 9, 2011

Lain macam je kau ni..

Entri yang paling fames diblog2 kengkawan yg lain.. nak wat gak lah.. :D

+  60sen =   -.-"

macam leceh je nak stanby sen-sen, dulu sehelai je kot... 
ke beli RM10.00  tapi nilai kredit dalamnya RM9.40 ? 

Sebelum ni, nilai bagi "Tiket Panas" telah dikurangkan separuh dari nilai asalnya, 
  • dari 120 minit jadi 50minit,
  • dari 300 sms jadi 150sms
  • expired dari 10 hari jadi 7 hari
Leceh la weiii~




*picture search kat encik google.

Thursday, September 8, 2011

yeee.. dapat doodle dari cik ninie..


First time dapat doodle dari seorang geng yang sangat baik hati ni..Teruja gila! siap ada "Be'ah" kat baju aku tu weeey... Thanks Ninie..



Gua respect sama lu la ninie, tak sampai brape jam gua request, tup tup dah siap.. hahaha. sgt jeles! cepat betul dia wat!  Aku suka tang mulut doodle dia tu.. sengih itu trademark ninie! 

kalau korang rajin pergilah bw blog dia,  pau sebiji dua doodle.. mana tahu dapat.. :)

Bagi aku bukan calang-calang orang leh wat doodle ni, hanya yang kreatif dan berbakat  sahaja yang dapat menghasilkan charactr  dan reaksi muka yang menarik dan terbaik ini.

Idola doodle aku merangkap sifu toturial!



cekian,

Tuesday, September 6, 2011

ini ini ini adalah saya dan pet kesayangan...

Hai korang! selamat hari raya yang ke 7,8,9,10 ....... masih lagi mood raya kan..

Hmm....Oklah, mari kita kurangkan dari berkata-kata dan perbanyakkan gambar-gambar supaya korang tak merasa kebosanan bak menunggu girlfriend yang lambat bersiap untuk keluar datingkan.....(orang pompuan mmg camtu -.-')

Tapi sebelum tu, aku nak bagi sepatah dua kata sebelum korang scroll kebawah ni. Orang kata, tak kenal maka tak cintakan? jadi terlebih dahulu, aku nak perkenalkan kat korang binatang kesayangan aku yang dah lama aku pelihara/bela ni. 

Dulu masa aku jumpa binatang ni, kecil je, sebesar tapak tangan. Terseret-seret dia kat rumput tepi jalan tu, sian pulak aku tengok, mungkin ditinggalkan omaknya. Atas rasa simpati, aku nekad mengambil dia sebagai bintang peliharaan aku. Sehingga kini umur dia dah mencapai 2 tahun.  Dah pandai berjalan pun..

Apa yang membuatkan aku rasa teruja nak membela minatang ni, dia nih special sikit, dari sejak aku bela, mata dia tak pernah berkelip. Ada gak aku wat-wat sergah (HarghH! ) or tiup biji mata dia, tapi still terbuka je..siyes..

Oh ya, lupa aku nak bagitahu nama dia.. nickname dia Be'ah.  Untuk makluman korang, ini bukan makcik Beah belakang umah korang tu ey.... no no no~  yang tu manusia!

Ok lah,  aku tinggalkan Be'ah dengan korang ye... tolong tengok-tengokkan, kalau terbang,  siaplah korang!

Mempersembahkan....


 
taraaaa....................




Inilah Be'ah saya!  kan tadi saya cakap, Be'ah saya tak macam makcik beah korang tu..


mencari sesuatu yang tercicir......
1,2,3  iyahhhhhhhhh........



waaa.. riang ria raya.... ^^


bila terbang, inilah makanan kegemaran beliau :  mee hun 
(mee hun itu sgt panjang kan  -.-" )


"Risau sangat,dah petang-petang gini.. mana la Be'ah pegi, cari awek la tu..."
menurun tuannya

dan ini adalah...



my fruit son! bukan.. niece! ~ 
 sesekali menjadikan anak buahku ini sebagai orang suruhan.. :D 
uncle sayang kau Aisy!

saya perlukan hiburan
 sekian




Friday, September 2, 2011

siapa dah balik raya tu, tolong check in sini.... pakse!

Wahai kengkawan ku semua....

Mentang-mentang seminggu cuti, seminggu jugak korang bantai raya ey.. Haa pagi raya ritu amacam? confirm korang melaram tak hengat duniakan... hensem bak Aaron aziz, yang perempuan lak cun bak taylor swift...   -.-" (kenapa mesti taylor swift..grrrr)

Ok lah, masih belum terlewat untuk aku ucapkan Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin mensuci hening dosa setahun menghilang sekarang menjelma kat korang semua, tapi aku tak pernah bertumbuk, menculik, meragut handbag korang kan? apatah lagi bergosip-gosip/mengumpat tentang korang.... so bermakna aku tade dosa kat korang... 

so kepada sesiapa yang dah balik dari kampung tu, meh lah check in sini.. boleh aku terjah blog korang lak, bosan ni weh.... bergaduh jom!



superhero kita.. (sila muntah)


inilah budak sakit yang aku selalu mention tu.. 


bertambah parah bila disokong oleh mak aku sendiri...


adios!





ce klik ce klik, 1 kali singgah 1 kali klik, kalau sejuta kali? :P thanks kawan2