: : kawan² yg awesome : :

Wednesday, December 22, 2010

Apa kaitan Mangkuk dgn Final AFF Suzuki (Malaysia lwn Indonesia) ??

Ya!  sebut sahaja " Bukit Jalil ", ramai yang mengetahui bahawa ianya terkenal  sebagai pusat sukan yang terbesar dan terkenal di negara ini. Subbandar yg jaraknya lebih kurang 20km dari Kuala Lumpur dahulunya dikenali sebagai Estet Bukit Jalil sehinggalah 1992, apabila "Kompleks Sukan" mula dibangunkan dimana ia menjadi mercu tanda kebanggaan negara bagi  Sukan Komenwel pada tahun 1998.  Disini terdirinya sebuah bangunan yang diberi nama " Stadium Nasional Bukit Jalil"  yang  mana ia merupakan antara stadium yang terbesar didunia. Berkapasiti  100 ribu penonton, stadium ini menyediakan tempat duduk berbumbung bagi memberi keselesaan dan perlindungan daripada cuaca.. Stadium ini mula dibina dengan  penggalian untuk seakan-akan berbentuk  MANGKUK pada tahun 1994... HOh? perlu ke menggunakan ayat² skema begini?? 

sebenarnye...
saya cume nak bagitahu je.. esok 23hb tiket dah mula dijual dgn harga RM 30 dan RM 50 bagi dewasa manakala bagi kanak² rebina plak sebanyak RM5 sahaja. Saya tahu korang semua dah tahu dan saya juge tahu yang korang dapat tahu pun daripada org yg sebelum ini mmg tak tahu, last² dia dapat tahu.. kan? org yang last -last dapat tahu tu pun sebenarnye dapat tahu dari org org org yg tak tahu menahu.. org org org  yg tak tahu menahu tu plak tanye kepada org org org org org org org org yg tak tahu ape yg dia kene tahu... dan  seterusnya...

DAN sebenarnya bukan harga tiket itu yg ingin saya sampaikan.... 
Kepada anda yang berhajat ke Stadium, meh sini pakcik nak kasi tahu..
  • kalau bleh jgn la gado-gado masa kat stadium tu nanti ye..  
  • janganlah TERbawa barangan terlarang seperti mercun, thunderclap dan sekutu dgnnya.Saya tahu anda tidak sengaja terbawa kan? elak kan...
  • Janganlah campak-campak botol -botol , bekas-bekas minuman terutamanya masa "corner kick". nnti. malu maa. LIVE~ satu dunia tengok..  dan 
  • janganlah rosakan kemudahan terutamanya kerusi yang disediakan oleh kerajaan itu. itu bukan piring terbang... 
  • Yang perlu anda bawa, cukuplah sekadar bendera kebanggaan kita~ ..  Ya Jalur Gemilang~
BOLEH  KAN?

Sayangi la stadium kita!  ya stadium berbentuk MANGKUK... 
 
Kadang-kadang teringin jua....  nak pi tgok~

* kalau pakcik kuning aka Khairil Anuar dpat tahu.. pasti aku dibahannya~ Hahaha


* picture  by : http://tidingsspot.info/wp-content/uploads/2009/10/national-stadium-bukit-jalil.jpg

3 comments:

adrenalina said...

bersemangat jugak nak tengok perlawanan ni walaupun sbnarnya tak minat sgt...tapi sbb malaysia...terus bersemangat. tapi setuju dgn kata2 pakcik...penonton2 patut tunjukkan "BERBUDI BAHASA BUDAYA KITA"...kan dlm tv selalu jer iklannya...

syahirooAhmad said...

harap2 gitu la.. tiada apa2 yg berlaku nantie. tapi rugi kalau tak pi, bukan ape, suasana n kemeriahan final nih mmg best giler.... ~

MALAYSIA 2 - iNDONESIA 0

heheh

(✿◠‿◠) said...

mangkuk!!!

ce klik ce klik, 1 kali singgah 1 kali klik, kalau sejuta kali? :P thanks kawan2